Hindia Belanda (
bahasa Belanda: Nederlands-Indiƫ) ialah sebuah wilayah jajahan
Belanda yang diakui secara
de jure dan
de facto. Ketua negara Hindia-Belanda ialah Ratu/Raja Belanda dengan
Gabenor Jeneral sebagai wakilnya yang berkuasa penuh. Sempadan Hindia-Belanda dengan negara-negara berjirannya ditentukan melalui perjanjian-perjanjian antara Kerajaan Belanda dengan Kerajaan
Sarawak (
negeri naungan British di bawah
Dinasti Brooke),
Borneo Utara British (
Sabah),
Kerajaan Portugis (
Timor Portugis),
Empayar Jerman (
Papua New Guinea Utara), dan
United Kingdom (Papua New Guinea Selatan). Hindia-Belanda juga merupakan wilayah yang tertulis dalam Undang-Undang Kerajaan Belanda tahun
1814 sebagai wilayah berdaulat Kerajaan Belanda yang dipinda pada tahun-tahun
1848,
1872, dan
1922, menurut perkembangan wilayah Hindia-Belanda.Hindia-Belanda yang dahulu merupakan sebuah wilayah jajahan
Belanda sekarang dipanggil
Indonesia. Jajahan Belanda ini bermula sebagai
Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie atau VOC) yang antara lain memiliki
Jawa dan
Maluku serta beberapa daerah yang lain sejak
abad ke-17. Selepas VOC dibubarkan pada tahun
1798, semua hak miliknya dipindah kepada pemerintah
Republik Batavia. Menjelang tahun
1900, hanya pulau
Jawa sahaja yang dikuasai oleh Belanda pada keseluruhannya. Kemudian pada tahun-tahun selanjutnya, semua daerah yang lain di
Nusantara ditaklukkan atau didamaikan. Pada puncaknya pada tahun
1942, Hindia Belanda memiliki semua daerah Indonesia kini;
Timor Timur tidak pernah dikuasai oleh Belanda. Selain itu,
Kota Melaka,
Taiwan, dan
Sri Lanka pernah dikuasai oleh VOC dan pemerintah Belanda.Pada
17 Ogos 1945,
kemerdekaan Indonesia diisytiharkan. Belanda menentang dan memerangi para pejuang kemerdekaan. Hanya pada
27 Disember 1949 bahawa Belanda mengaku kedaulatan Indonesia.
Papua Barat (Irian Jaya) masih dikuasai oleh Belanda sehingga tahun
1961.